Monday, 9 May 2011

hari-hari sayang ibu

Setiap tahun pada minggu kedua bulan Mei, dunia menyambut Hari Ibu..Sesungguhnya dunia terlalu menghargai dan menyayangi setiap ibu2 di dunia..Bertapa mulia nya seorang ibu dimata dunia...Walau apa cara anda meraikan ibu anda, tentunya detik itu sangat2 bermakna..tetapkan niat anda dengan betul.. sekadar ingin berkongsi kegembiraan bersama ibu..ingat ye hari-hari kita mesti sayang ibu, hormat ibu kerana syurga di bawah telapak kaki ibu...jangan derhaka pada ibu ya...

sajak ini khas untuk semua ibu2 di dunia...

ibu

9 bulan kau kandungkan kami
dengan seribu kepayahan
kau lahirkan kami
dengan linangan air mata
dengan hati yang tulus ikhlas
dengan sekeping hati yang suci
ibu
kau susui dan asuh kami
dengan penuh kasih sayang
bagai menatang minyak yang penuh
kau didik kami
sehingga kenal erti sebuah kehidupan
yang penuh dugaan dan cabaran
ibu
jasamu dan pengorbanan mu
sangatlah berharga
bagi membentuk kami
menjadi insan yang berguna
semoga diredhai yang maha kuasa
ibu
kaulah insan yang amat kami kasihi
kami hormati dan kami sayangi
hanya sekeping hati yang tulus ikhlas
serta kejayaan cemerlang yang dapat kami hadiahkan
buatmu insan yang teristimewa
ibu
ku panjatkan doa buatmu
agar di lindungi di dunia dan akhirat
ibu
Tiada bahasa yang dapat kami ungkapkan
Tiada bahasa yang dapat kami susunkan
Untuk mengambarkan betapa besarnya
Jasa dan pengorbanan yang kau curahkan selama ini


bawah ni dari youtube...sangat2 menyayat hati..pada yang masih ada ibu hargailah ibu anda..ada banyak cara kan...jgn lupa doa untuk ibu..yang sudah tiada ibu sedekah kan lah al-Fatihah dan bacaan Al-quran untuk ibu anda...kalau baik boleh jadi ikutan, yang tak baik jangan lah ikut...sekian renung-renunglah...daa...