Thursday, 5 May 2011

novel part 2 : kisah kami

Tiba hari yang dinantikan. masing-masing sibuk bercerita tentang Hutan Ara yang mereka bakal pergi. Ada juga yang sibuk bercerita tentang pengalaman mereka berkhemah di dalam hutan sewaktu sekolah rendah.

"Mana pergi budak bertuah ni.Dah pesan 9 pagi mesti ada kat sini.9 pagi pun lambat. Bukannya suruh datang sebelum subuh. " Marah Puan Haliza.
"Biasalah cikgu. Kalau lambat bukan namanya Zakri.Kita tinggal kan je lah dia.Menyusahkan je." Shahirah membebel.
"Tak baiklah macam tu. Kita pergi sana pun kan ada tugasan. Lagipun dia kan rakan sekelas kamu.Satu group lagi. Kamu sepatutnya backup dia.." Puan Haliza membalas.
"Kecoh la kau Ira. Membebel je macam nenek kebayan. Tak pun macam burung kakak tua.Tunggu sat la.Tak ada semangat setiakawan langsung. " Imram mencelah.
"Eh sibuklah kau.Sejak bila dia jadi kawan aku. Tolong cikit ye. Benci dia" Shahirah menjeling.
"Kau jangan benci-benci ni. Macam mana kalau kau tetiba tangkap cintan dengan si Zack tu. Bak kata pepatah benci tapi dalam hati ada taman rama-rama. Warna-warni lagi. Time tu aku confirm jadi pengapit Zack. Pastu letak frame gambar korang berdua kat dewan sekolah kita. Tajuk dia cinta abadi yang terhebat lagi terhangat. Oh ya. Nanti aku letak kat Hutan Ara sekali. hikhikhik..."Zulfikri menambah.
Riuh rendah mereka ketawa. Spontan Razlan bangun sambil menyanyi "Selamat pengantin baru...Selamat...Selamat Pengantin.." Sengaja buat-buat suara sengau. Memang buruk la bunyinya.

Puan Haliza cuma memandang mereka sambil tersenyum.Shahirah terus pergi ke kawan-kawannya.

"Eeee..geramnya aku dengan diorang ni.."
"Tak payah layan diorang tu"
"Ye la Ira diorang kan memang macam ni. Buang masa kita je."
Shahirah cuma diam tanpa membalas.

Tak sampai 5 minit Zakri muncul sambil tercungap-cungap. 

"Cikgu saya minta maaf. Bukan salah saya. Salah jam loceng saya. Dia tak nak bunyi. saya dah pesan dah malam tadi. " Zakri tersengih-sengih membela diri. Menegakkan benang basah. 
"Kamu ni kan semua orang dah tunggu lama. Kalau dah janji mesti tepati. Masa tu sangat berharga. Kamu dah bazirkan masa orang lain. Kalau kamu nak jadi orang yang berjaya kelak, guna masa sebaik-baiknya. Masa tak boleh di ulang. Tak boleh patah balik. Dan tak boleh di ganti. Ingat tu. Minta maaf dengan kawan-kawan kamu." Puan Haliza mengarah. 
"saya minta maaf cikgu. Saya janji saya tak akan buat lagi. Kawan-kawan aku minta maaf ye. Lepas ni aku yang akan tunggu korang." Zakri menyesal.
Mereka mengangguk-angguk tanda setuju.

Setelah Puan Haliza diiringi beberapa guru yang lain memberi penerangan secara ringkas, mereka bergerak menaiki bas yang telah disediakan.

"Mana aku nak duduk ni." Zakri merungut.
"Sebab hang lambat. Hang pi duk tempat lain. Pandai-pandai la hang cari partner. Ha.. Pi duk sebelah puteri rama-rama tu. Dia macam sorang je" Iskandar tersengih sambil menunjuk ke arah Shahirah.
"Puteri rama-rama? Hai sejak bila tukar nama. Pelik semacam nama" Zakri berkerut dahi.
"Hang jangan banyak bunyi. Pi je la" Iskandar menambah.
Imran, Razlan dan Zulfikri gelak besar menambah kerutan di dahi Zakri. Zakri terus pergi ke arah Shahirah.

"Em...boleh aku duduk sini?" Tanya Zakri.
"Duduk la" balas Shahirah.Kalau nak duduk tu, duduk je lah. Hati Shahirah mengomel.

"Ok semua. Bas ni akan bergerak sekarang. Jaga diri anda dan kawan sebelah. Kalau ada ape2 boleh datang ke depan jumpa saya, cikgu-cikgu yang lain atau Shukri. Jangan lupa baca doa dalam kenderaan ya." Puan Haliza bersuara.
"Ok cikgu." Mereka bersuara riang.

Dalam perjalanan Shahira dan Zakri hanya mendiamkan diri sahaja. Hanya kedengaran suara rakan kelas mereka berborak dan sesekali diiringi gelak tawa mereka. 

Budak sebelah aku ni dah jadi bisu pulak ke. Selalunya dia yang bercakap tak berhenti.
Bukan bisu la..segan..
Cik adik tak sudi nak pandang kita ke?

"Zack..." Yes!! Aku menang.
"Apa dia" Zakri bertanya.
"Awak dah pernah pergi sana?"
Hai berawak-awak pulak dia "Belum..awak?" Ish aku pun dah tiru dia pulak. Tak pe la sopan cikit.
"Belum. Shahirah menjawab ringkas. Aduh bila nak sampai ni.

"Agak-agak nya lah. Apa yang ada kat sana ye?" Zakri bertanya selang beberapa minit.
"Erm..ada pokok besar-besar..ada pacat la kot.." Shahirah menjawab.
"Mungkin la kot" Zakri senyum. Apa punya soalan aku ni..tak ada shopping complex..ada wayang pulak dalam hutan. Lambat lagi ke nak sampai ni.

Ahmad Shukri menghulurkan bungkusan roti untuk sarapan kepada rakan sekelasnya. Zakri menyambut dan beri pada Shahirah.

"Selamat menjamu selera" Zakri cuba beramah mesra.
"Samalah" Shahirah membalas. Tak tahan bahasa budak ni pakai dari tadi. Dah macam teruna melayu terakhir. Sopan sungguh. Zack ni dah terkena sampuk apa. Shahirah tersenyum.
"Napa?" Zakri bertanya. Mak ai senyuman dia.
"Napa apa pulak? Ish tak ada apa2 lah.." Shahirah terkejut.
Minah ni kutuk aku la tu. Zakri mengomel dalam hati. 

---------------------------------------BERSAMBUNG---------------------------------------------














0 comments from awesome people: