Sunday 1 May 2011

Novel part 1: Kisah Kami


Suasana di dalam kelas sungguh bising maklumlah guru kelas Pn Haliza belum sampai.5 minit kemudian Ahmad Shukri,selaku ketua darjah dan pemberi isyarat meniupkan wisel.Apalagi lintang pukang warga kelas lari ke tempat duduk masing-masing.Kelas terus jadi sunyi seakan sedang berlaku pemilihan anugerah untuk projek nilam.Tatkala guru kelas mereka masuk ke dalam kelas,Ahmad Shukri terus bangun memberi salam diikuti teman sekelasnya.Setelah salam di balas mereka terus duduk.

Seketika memandang anak muridnya,puan Haliza mula bersuara,
“Saya ada satu perkara nak dimaklumkan.Saya harap kamu semua dengar dengan teliti.Saya ada tugas untuk kamu semua.”
                        
Terdengar keluhan seisi kelas.Masing-masing mula merungut.

“Kamu semua ni..saya belum bagitau lagi kamu dah merungut. Dengar dulu apa yang saya nak cakap”

Setelah keadaan kembali senyap Pn Haliza menyambung lagi, “Saya mahu kamu mengadakan lawatan ke satu tempat yang kamu organize sendiri dan buat satu laporan untuk di hantar sebagai coursework kamu”

Riuh rendah kelas bersorak riang.

 “Jangan bising sangat kelas.saya sudah siapkan senarai nama mengikut kumpulan.Kelas ni ada 30 orang jadi saya bahagikan kepada 10 orang satu kumpulan.Jadi 5 lelaki dan 5 perempuan.Setuju?” 

“Setuju cikgu,”jawab mereka serentak.

“Ok kumpulan pertama Zakri,Imran,Iskandar,Razlan,Zulfikri,Shahirah,Haslinda,Shasha,Rahayu dan Anisah.
Kumpulan kedua Ahmad Shukri,Farid,Zairi,Zamin,Mohd Shah,Mazlin,Marzita,Kartini,Zuraida dan Baizura.
Dan kumpulan ke tiga Amir,Amran, Zaidi,Rizal,Hafis,Aziyati,Nina,Misha,Zulaika dan Natasha.Ada sesiapa yang tak puas hati?”

 “Ada cikgu”

Serentak semua memandang

 “Ha Zakri...Apa masalahnya?”
 “Cikgu saya bantah sekeras-kerasnya.No relevan.Kalau kitorang gabung dengan budak-budak tu.teruk cikgu.masalah negara nanti. Cikgu bayangkan lah kitorang yang hensem,pandai lagi gagah perkasa ni yang semesti nya akan dapat mengeluarkan idea-idea yang bernas lagi bermutu terpaksa menghadkan idea kitorang hanya di sebabkan terpaksa memberi peluang pada mereka untuk mengeluarkan idea mereka yang tidak berkualiti.Tambahan pula cikgu, mereka ini tidak akan dapat memberi kerjasama yang padu pada kami nanti.bukankah wahai cikgu merugikan namanya,” Zakri bersuara sambil menggerakkan tangannya seperti seorang peguam yang sedang memberi hujah balas.

 “Hei  Zack...cakap tu berlapik cikit ye.Perasannya..macam korang bagus sangat. Nak termuntah aku dengar.Korang ingat kitorang nak sangat satu group dengan korang?Kalau ikut nak pandang pun tak ingin,” Shahirah bersuara.

 “Amboi-amboi...tak ingin konon tapi dalam hati.Cikgu tengok lah hidung kemek,pipi macam kereta sorong!”

Gamat satu kelas ketawa.

 “Sudah-sudah.Dengar sini.Saya sengaja masuk kan nama kamu semua satu group supaya kamu boleh bekerjasama dalam satu kumpulan.Bukannya bergaduh macam ni tiap hari.Saya nak kamu semua berbaik-baik.Kamu semua kan satu sekolah satu kelas.Kelas..saya nak kamu semua sediakan report lengkap nanti.Faham semua?”

“Tapi cikgu...”
“No tapi-tapi.Faham semua?”
“Faham cikgu...”
“Ok sekarang kamu pilih tempat.Ada cadangan?”
“Cikgu..apa kata kita pergi ke Hutan Ara?” Ahmad Shukri memberi cadangan.
“Saya setuju cikgu.Dekat dengan sekolah kita jugak.”
 “Yang lain setuju?”
“Setuju cikgu”

 “Ok kita pilih dulu ketua projek dan lain-lain AJK. Saya akan pilih sendiri ketua dan penolong untuk kumpulan masing-masing.Kumpulan pertama ketua Zakri dan penolong Shahirah.Kumpulan kedua Ketua Shukri dan penolong Mazlin.Kumpulan ketiga ketua Amir dan penolong Aziyati.Ada sesiapa yang nak beri cadangan untuk AJK?”

Setelah mengundi masing-masing sebulat suara memilih nama-nama untuk AJK.
Kringgg...loceng sekolah berbuyi menandakan  waktu rehat.

“Baiklah semua saya akan beritahu Shukri bila dan di mana kita akan berkumpul.Dan ini surat yang saya akan poskan pada ibu bapa dan juga senarai barang-barang yang perlu di bawa.Lain- lain hal yang berkaitan kita akan bincang lagi esok.ok semua boleh keluar rehat”

 “Terima kasih cikgu....”

Berpusu-pusu mereka keluar dari kelas itu.Kumpulan Gempaq yang di anggotai oleh Zakri,Imran,Iskandar,Razlan dan Zulfikri sedang sibuk berbincang di dalam kelas.

 “Habislah kita.Aku gerenti mesti tak siap punya,” Iskandar bersuara.
 “hmm..tau tak pe.tengoklah nanti.haru biru!” Imran pula mencelah.
 “Rileks la kawan-kawan.korang tau apa yang aku fikir?”
“Apalah kau ni Zack?Kalau ada dalam kepala otak kau mana lah kitorang nak tau,”Razlan bersuara.
“Ish...tu aku tau la..Aku tengah fikir cara nak balas dendam ni.hehe..”Zakri memberitahu.
 “Sempat lagi kau fikir pasal tu. Kita ka nada masalah ni. Kau dah lupa apa yang kau cakap kat dorang tadi? teruk kau kenakan si Ira tadi.mesti malu lah gua cakap.”Fikri bersuara.
“mesti lah.bukan je malu tapi geram gua cakap lu.mesti dorang dah rancang nak kenakan kita balik” berderai ketawa mereka.
                                        
Setelah reda Razlan bersuara “tapi kan kita kena gak wat perbincangan damai dengan dorang. Gencatan senjata selama sebulan.kalau tak habis lah markah projek kita ni nanti. Lepas tu perang la balik.Ha..Zack,kau kan leader so,kau plan ar macam mana nak deal dengan dorang.”

“Ni keje berat ni.Korang biar betul.Diorang mesti tak nak layan aku punya.”
“Itu kau punya pasal la.yang penting perut aku dah bagi amaran tsunami dah nie.ngee.”
“haha..dasyat bangat perut lu.gue pun sudah lapar bangat seh.”
“ha..elok ar tu.sorang da macam pengkaji cuaca.Yang sorang nie pulak da macam hero sinetron dah.huahahaha...untuk tidak menghampakan harapan korang,jom ar kita minum dulu.”
 “jom!!!!!”                                                                               

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Ira,hulurkan air aku tu”
“Nah..kacau daun ar…sedap ar mee hari ni kan?tak yang macam yang semalam punya.masin nak mampus.”
“Ye la Ira, gempak habis la.”
 “Anis, gempak-gempak tak main naa”
 “Rilek la Ira, aku tahu kau tak puas hati dengan Zack pasal tadi kan?”
 “Mulut dorang tu memang tak tau nak cover kot.Dorang ingat dorang tu bagus sangat.Tambah-tambah si Zack tu.Ketua kumpulan konon.Porahhhh.”Rahayu bersuara lantang.
 “Ha..panjang umur diorang. Tak sempat nak gosip lagi. Dah la tersengih-sengih macam kerang busuk!” Shasha menambah.
“Buat-buat tak nampak je. sakit hati aku Makan cepat-cepat.”Shahirah menyuruh.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Zack, nak tegur ke tak nak huh?dorang tu pandang semacam je”
“Aku rasa lebih baik kita tegur.kalau tak sampai bila nak berdamai dengan dorang.”Zakri bersuara.

Setelah mereka sampai di hadapan Shahirah Zakri menegur.

 “Hai,tengah makan ke wahai cik adik sekalian?hehe”
“Tak la bang,tengah main ragby ni.nak join ke?” Ira menjawab.
Zakri tersengih-sengih mendengar. Dalam hati Zakri, Aku tanya betul-betul dia buat lawak sarkas lak.
 “Ermm...” Dengan tak sengajanya, Iskandar tertolak siku Zakri.
 “Dah mandi?” dengan spontan terkeluar dari mulut Zakri.
 “Huh? Mandi? What do you mean? Ingat kitaorang ni dari zaman Paleotik ke huh pegi skolah tak mandi.agaknya kan,kalau orang zaman paleotik pegi sekolah pun reti mandi tau.erkk? pape je lah.huh!”
 “Agaknya la.” Gatal mulut Imran menjawab.
 “Hei pakcik, korang ingat korang tu wangi sangat ke?”Haslinda menjawab.
“Hei nenek,kitaorang sememangnya dilahirkan wangi sejak azali lagi.buekk..”Iskandar pulak menjawab.
 “Hei,atok. Jangan nak perasan ek. Muka korang serupa macam orang tak mandi. Jangan-jangan korang yang tak mandi.”Shasha membalas geram.
“Cakap baik-baik cikit ek”Razlan marah.
 “Ni da terlebih baik la nie”Rahayu bersuara.
“Wei,dah-dah. Asik gadoh je.aku tak dapat bayang kan macam mana nak settle laporan nanti.Masalah-masalah.malu la kat yang lain nanti.”Hanisah menambah.

Masing-masing kaget seketika.
Setelah agak lama mendiam kan diri, Zakri mula bersuara “Sebenarnya, aku ada benda nak cakap dengan korang semua ni. Ermm..yang pasal kem tu, aku harap semua orang bagi kerjasama. Aku harap kita akan jadi kumpulan yang terbaik dan dapat pujian dari cikgu. Demi bangsa, agama dan negara.” Zakri berucap dengan semangat berkobar-kobar.
“Ok bos!kami akan memberi komitmen terbaik.Geng, apa yang penting?kerjasama..dah tak ada pape nak cakap lagi kan?kitaorang blah dulu la. Jom geng!” Shahirah mengajak.
Setelah mereka beredar, Iskandar bersuara “Tengok tu, siap perli-perli lagi.”
 “Kalau diorang dah setuju kira ok lah tu. Tadi kata lapar, jom ar pegi makan.” Zakri bersuara. Masing-masing terbayangkan makanan yang bakal diisi ke perut masing-masing.

………………………………..BERSAMBUNG………………………………………………

0 comments from awesome people: