Thursday, 28 April 2011

Motivasi (Versi kucing comey)

gambar2 ni saya amek kat internet dan ada yang dah lama ada dalam koleksi saya...jom layan...

jika korang rasa

sunyi...


putus asa



marah


terperangkap atau terjerat dengan keadaan..


kadang2 rasa stress sampai rasa nak menangis


jadi apa kata mulakan dengan

memanjakan diri








rehatkan minda


hiasi diri


peka dengan keadaan sekeliling


makan dengan kawan2



berkawan...tidak memilih kawan..


luangkan masa dengan hobi


















luangkan masa dengan yang tersayang









jadilah diri sendiri..korang unik dan cantik seadanya dengan gaya tersendiri







tapi yang paling penting



kalau baik boleh jadi ikutan..kalau tak baik jangan lah ikut...sekian renung-renung lah...daaa...





Monday, 25 April 2011

Sedih-kecewa-duka


Kali ni nak cakap pasal hati yang sedih,kecewa,duka lara dan sewaktu dengannya. Tipu lah kalau ada yang cakap tak pernah sedih, kecewa ke…semua orang dan tiap2 orang mesti akan lalui..sedih time tu tuhan sahaja yang tahu..sebab sedih?? Mungkin di tinggalkan kekasih (untuk remaja sahaja..yang dah berkahwin tu tak yah nak perasan ok), gaduh suami isteri (erm…yang dah nikah ya..yang belum nikah tu bawa2 bertaubat ya) , mungkin kena marah dengan bos (biasa la ni kan..lain kali jadi la bos. boleh marah orang pulak..opppss) kena marah ngan jiran (sebab lambat bayar duit umah sewa…ish2 jangan duk dekat2..lain kali tanya dulu tuan rumah duk mana)..and banyak lagi la sebabnya..nak tulis kat sini sampai esok pagi pun tak habis kan..

Cuba tengok apa yang dah jadi dengan manusia akhir zaman sekarang ni…putus cinta pun nak terjun bangunan..hello banyak lagi cara kot nak settle kan masalah..banyak…antara nak buat dengan tidak je..macam la dia sorang je laki yang wujud kat dunia ni..cuba fikir positif..cuba fikir kalau jadi bila dah kahwin, dah ada anak2..kan lagi susah..kawan2 kalau la kita alami benda yang sama, kita mesti fikir secara positif..

dia lah yang rugi, tinggalkan aku yang cantik/hensem/kiut miut ni…dah la baik,rajin and banyak lagi la..mungkin ada lelaki/perempuan yang jauh lagi ok dari dia ni sedang tunggu aku..dah jodoh aku bukan dengan dia kan..buat apa la nak sedih2” 

(ok jangan perasan lebih2 ya) senang kan??setiap manusia dijadikan berpasangan. Jadi tak payah nak susah2 hati ok..

Walau apa sahaja sebab nya, yang kita nak focus kat sini is perasaan tu dan macam mana nak motivasikan diri menerimanya..ewah dah jadi pakar kaunseling tak bertauliah pulak kan..setiap kita akan di uji yang Maha Esa…kenapa?? Untuk menguji ketaatan kita…macam mana kita lalui dan macam mana cara kita berfikir..mungkin juga untuk menyedarkan kita tentang sesuatu yang tak sepatutnya kita buat..ye la bila susah hati baru la nak ingat asal usul, baru nak dekat diri dengan Allah..

Setiap apa yang berlaku, ada hikmah nya..kita sebagai hamba yang sangat lemah tidak dapat menjangkakan apa yang akan berlaku dimasa hadapan (sori ya pintu yang doraemon punya tu tak wujud ok..tak wujud..sama la macam kereta dalam back to the future tu..tu cuma movie je)kalau boleh cuba fikir apa jadi..kalau tahu nak mati esok, ari ni baru nak bertaubat..kalau tahu esok nak jadi kaya, dah tak payah la nak susah2 kerja..duk goyang kaki je…kalau tahu esok nak tsunami, ari ni?? Semua sibuk post kat facebook and tweet kat twitter kan..kan…itulah lumrah manusia..dah sudah..tak payah nak fikir lagi..dah kata tadi kalau kan..so maknanya sangat tak mungkin ok..

Terimalah dengan hati yang redha agar kita sentiasa mendapat rahmat NYA..percayalah rezeki, ajal-maut dan jodoh rahsia ALLAH..Doa banyak2 supaya apa sahaja yang berlaku kita tetap beriman pada NYA..Jadikan Nabi yang sangat kita cintai, Nabi Muhammad sebagai contoh yang patut kita ikuti, idola kita untuk menempuh setiap hari dalam hidup kita..renungkan lah  bagaimana baginda menghadapi dugaan dan cabaran dalam menegak kan agama islam..amalkan sunah nabi yang banyak manfaat dalam kehidupan kita..

Bawah ni lagu dan lirik lagu tiada duka yang abadi by opick…cuba hayati lirik lagu ni bebaik ok..lirik yang sangat bermakna..kalau betul2 hayati, sekali dengan lagu dia..boleh nangis tau.. kalau baik boleh jadi ikutan tapi yang tak baik jangan la ikut..sekian renung2 la…daaa….


Tiada yang abadi-opick
Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini







~Pilihan~


Kepada yang masih sekolah,masih belajar di IPTA/IPTS/kolej yang mana satu pilihan korang..korang sendiri yang tentukan..pilihlah yang terbaik untuk diri..untuk masa depan..

Yang berjaya
selalu ingat dirinya seorang pelajar…tak pernah lupa ulangkaji dan banyak bertanya
sentiasa mencari jawapan yang positif pada setiap persoalan
anggap belajar sesuatu yang seronok dan banyak manfaat
berusaha sebaik mungkin dan tak akan putus asa
guru dan nota jadi “kawan baik” setiap masa

Yang gagal
Sentiasa hanyut di bawa arus remaja..suka melepak, suka membuang masa…
Sentiasa mencari seribu alasan untuk mengelak pergi kelas,belajar
Anggap belajar sangat membosankan dan menjemukan,.
Yang rasa “keputusan cukup makan pun jadilah”
Tilam dan bantal, rakan sebaya dan “teman” lebih utama

Pilihan terletak di tangan korang.. kegagalan bukan maknanya gagal untuk selamanya dan bukan juga maknanya semuanya sudah berakhir..tapi sebenarnya satu titik permulaan untuk mematangkan diri kita dan untuk membuat kita lebih kuat untuk hadapi cabaran hidup .. jangan sia-siakan masa dengan perkara yang tak berfaedah..merugikan diri sendiri..masa tak boleh di ulang balik, tak boleh berhenti..kita yang kena kejar masa..jangan menyesal tak sudah kemudian hari..rugi sangat

cari lah erti hidup yang sebenarnya.. kalau baik boleh jadi ikutan tapi yang tak baik jangan la ikut..sekian renung2 la…daaa….


Tuesday, 12 April 2011

sekiranya anda memiliki wang


Anda hanya boleh membeli bahan bacaan tetapi bukan kebijaksanaan

Boleh beli buku banyak2..siap boleh buat mini library lagi..tapi kalau nak pandai tak boleh beli dengan wang…kena lah baca buku2 tu..and rajin2 study ye..buku yang bagi manfaat ye..bukan komik or buku2 yang ada unsur 18 sx…

Anda hanya boleh membeli ubat tetapi bukan kesihatan

Beli banyak2 ubat..nak buat mini farmasi pun boleh…eh opppss…tak boleh tak boleh.. salah tu..heee…sama jugak konsep nye macam buku tadi..tapi bagi orang islam kena ingat yang ubat hanya sebagai penyebab tapi ALLAH yang membantu kita sembuh..jadi doa banyak2 ye..

Anda hanya boleh membeli perhiasan diri tetapi bukan kecantikan

Ye..beli banyak2 make up pun boleh..tepek la banyak2 tapi kalau tak cantik memang tak akan cantik..nanti kang bila make up je cantik tapi bila tak pakai make up..ish2..kalau dah kahwin baru terbongkar la semua rahsia…heee…so jangan la membazir..make up secara sederhana sahaja..tak perlu berlebihan ok…baju pun sama jugak..setiap wanita ada kecantikan tersendiri..kan lebih manis kecantikan dalaman..kalau perangai cantik, hati pulak baik, senyum seikhlasnya, akan terserlah kecantikan tu di mata semua orang..

Anda hanya boleh membeli tilam yang empuk tetapi bukan tidur yang lena

Bayangkan tilam empuk..sampai tidur pun boleh tenggelam sebab empuk sangat..nak pulak nyaman macam kat tepi pantai..bantal keliling…selimut tebal..bestnya tidur macam tu…hee..tapi….hati tak tenang, fikiran serabut…fikirkan masalah, dosa lagi…so boleh ke tidur?? Jadi bersihkan hati dan jiwa raga anda…dekatkan diri dengan YANG MAHA ESA…

Anda hanya boleh membeli pangkat tetapi bukan penghormatan diri

Mula-mula masuk company guna cable, orang rekomen…pastu nak naik pangkat rasuah guna wang..tapi di sebabkan ramai yang dah tahu, orang akan pandang rendah la kan..dah tak respect…so macam mana nak buat orang respek or hormat kita balik?? Kalau bagi duit, diorang akan amek punya kan tapi dalam hati??

Anda hanya boleh membeli harta dunia tetapi bukan kasih sayang

Anda boleh beli apa sahaja harta dunia…ye apa saja yang anda inginkan tapi cinta,sayang boleh?? Cinta tak boleh dipaksa jadi kalau ada yang dah tak sudi bersama anda jangan sedih or kecewa..ingatlah kita di lahirkan berpasang-pasangan…maknanya ada someone yang sedang tunggu kita..pasti nya yang lebih baik untuk kita… kalau baik boleh jadi ikutan tapi yang tak baik jangan la ikut..sekian renung2 la…daaa