Monday, 25 April 2011

Sedih-kecewa-duka


Kali ni nak cakap pasal hati yang sedih,kecewa,duka lara dan sewaktu dengannya. Tipu lah kalau ada yang cakap tak pernah sedih, kecewa ke…semua orang dan tiap2 orang mesti akan lalui..sedih time tu tuhan sahaja yang tahu..sebab sedih?? Mungkin di tinggalkan kekasih (untuk remaja sahaja..yang dah berkahwin tu tak yah nak perasan ok), gaduh suami isteri (erm…yang dah nikah ya..yang belum nikah tu bawa2 bertaubat ya) , mungkin kena marah dengan bos (biasa la ni kan..lain kali jadi la bos. boleh marah orang pulak..opppss) kena marah ngan jiran (sebab lambat bayar duit umah sewa…ish2 jangan duk dekat2..lain kali tanya dulu tuan rumah duk mana)..and banyak lagi la sebabnya..nak tulis kat sini sampai esok pagi pun tak habis kan..

Cuba tengok apa yang dah jadi dengan manusia akhir zaman sekarang ni…putus cinta pun nak terjun bangunan..hello banyak lagi cara kot nak settle kan masalah..banyak…antara nak buat dengan tidak je..macam la dia sorang je laki yang wujud kat dunia ni..cuba fikir positif..cuba fikir kalau jadi bila dah kahwin, dah ada anak2..kan lagi susah..kawan2 kalau la kita alami benda yang sama, kita mesti fikir secara positif..

dia lah yang rugi, tinggalkan aku yang cantik/hensem/kiut miut ni…dah la baik,rajin and banyak lagi la..mungkin ada lelaki/perempuan yang jauh lagi ok dari dia ni sedang tunggu aku..dah jodoh aku bukan dengan dia kan..buat apa la nak sedih2” 

(ok jangan perasan lebih2 ya) senang kan??setiap manusia dijadikan berpasangan. Jadi tak payah nak susah2 hati ok..

Walau apa sahaja sebab nya, yang kita nak focus kat sini is perasaan tu dan macam mana nak motivasikan diri menerimanya..ewah dah jadi pakar kaunseling tak bertauliah pulak kan..setiap kita akan di uji yang Maha Esa…kenapa?? Untuk menguji ketaatan kita…macam mana kita lalui dan macam mana cara kita berfikir..mungkin juga untuk menyedarkan kita tentang sesuatu yang tak sepatutnya kita buat..ye la bila susah hati baru la nak ingat asal usul, baru nak dekat diri dengan Allah..

Setiap apa yang berlaku, ada hikmah nya..kita sebagai hamba yang sangat lemah tidak dapat menjangkakan apa yang akan berlaku dimasa hadapan (sori ya pintu yang doraemon punya tu tak wujud ok..tak wujud..sama la macam kereta dalam back to the future tu..tu cuma movie je)kalau boleh cuba fikir apa jadi..kalau tahu nak mati esok, ari ni baru nak bertaubat..kalau tahu esok nak jadi kaya, dah tak payah la nak susah2 kerja..duk goyang kaki je…kalau tahu esok nak tsunami, ari ni?? Semua sibuk post kat facebook and tweet kat twitter kan..kan…itulah lumrah manusia..dah sudah..tak payah nak fikir lagi..dah kata tadi kalau kan..so maknanya sangat tak mungkin ok..

Terimalah dengan hati yang redha agar kita sentiasa mendapat rahmat NYA..percayalah rezeki, ajal-maut dan jodoh rahsia ALLAH..Doa banyak2 supaya apa sahaja yang berlaku kita tetap beriman pada NYA..Jadikan Nabi yang sangat kita cintai, Nabi Muhammad sebagai contoh yang patut kita ikuti, idola kita untuk menempuh setiap hari dalam hidup kita..renungkan lah  bagaimana baginda menghadapi dugaan dan cabaran dalam menegak kan agama islam..amalkan sunah nabi yang banyak manfaat dalam kehidupan kita..

Bawah ni lagu dan lirik lagu tiada duka yang abadi by opick…cuba hayati lirik lagu ni bebaik ok..lirik yang sangat bermakna..kalau betul2 hayati, sekali dengan lagu dia..boleh nangis tau.. kalau baik boleh jadi ikutan tapi yang tak baik jangan la ikut..sekian renung2 la…daaa….


Tiada yang abadi-opick
Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini







0 comments from awesome people: