Tuesday 12 April 2011

sekiranya anda memiliki wang


Anda hanya boleh membeli bahan bacaan tetapi bukan kebijaksanaan

Boleh beli buku banyak2..siap boleh buat mini library lagi..tapi kalau nak pandai tak boleh beli dengan wang…kena lah baca buku2 tu..and rajin2 study ye..buku yang bagi manfaat ye..bukan komik or buku2 yang ada unsur 18 sx…

Anda hanya boleh membeli ubat tetapi bukan kesihatan

Beli banyak2 ubat..nak buat mini farmasi pun boleh…eh opppss…tak boleh tak boleh.. salah tu..heee…sama jugak konsep nye macam buku tadi..tapi bagi orang islam kena ingat yang ubat hanya sebagai penyebab tapi ALLAH yang membantu kita sembuh..jadi doa banyak2 ye..

Anda hanya boleh membeli perhiasan diri tetapi bukan kecantikan

Ye..beli banyak2 make up pun boleh..tepek la banyak2 tapi kalau tak cantik memang tak akan cantik..nanti kang bila make up je cantik tapi bila tak pakai make up..ish2..kalau dah kahwin baru terbongkar la semua rahsia…heee…so jangan la membazir..make up secara sederhana sahaja..tak perlu berlebihan ok…baju pun sama jugak..setiap wanita ada kecantikan tersendiri..kan lebih manis kecantikan dalaman..kalau perangai cantik, hati pulak baik, senyum seikhlasnya, akan terserlah kecantikan tu di mata semua orang..

Anda hanya boleh membeli tilam yang empuk tetapi bukan tidur yang lena

Bayangkan tilam empuk..sampai tidur pun boleh tenggelam sebab empuk sangat..nak pulak nyaman macam kat tepi pantai..bantal keliling…selimut tebal..bestnya tidur macam tu…hee..tapi….hati tak tenang, fikiran serabut…fikirkan masalah, dosa lagi…so boleh ke tidur?? Jadi bersihkan hati dan jiwa raga anda…dekatkan diri dengan YANG MAHA ESA…

Anda hanya boleh membeli pangkat tetapi bukan penghormatan diri

Mula-mula masuk company guna cable, orang rekomen…pastu nak naik pangkat rasuah guna wang..tapi di sebabkan ramai yang dah tahu, orang akan pandang rendah la kan..dah tak respect…so macam mana nak buat orang respek or hormat kita balik?? Kalau bagi duit, diorang akan amek punya kan tapi dalam hati??

Anda hanya boleh membeli harta dunia tetapi bukan kasih sayang

Anda boleh beli apa sahaja harta dunia…ye apa saja yang anda inginkan tapi cinta,sayang boleh?? Cinta tak boleh dipaksa jadi kalau ada yang dah tak sudi bersama anda jangan sedih or kecewa..ingatlah kita di lahirkan berpasang-pasangan…maknanya ada someone yang sedang tunggu kita..pasti nya yang lebih baik untuk kita… kalau baik boleh jadi ikutan tapi yang tak baik jangan la ikut..sekian renung2 la…daaa

0 comments from awesome people: